Misteri Siapa Monalisa Akhirnya Terbongkar...

 Assalamualaikum dan hai kepada semue yang baca entry kali pertama nih...hari ni aku nak citer tentang siapakah Monalisa??kamu semue pernah tengok tak potret Monalisa...kalo ade yang dah tengok bagus ah kalo ade yang tak pernah tengok lagi,kat bwh ni ade.

  Haaa,dah tengok dah??misteri siapa sebenarnya Monalisa dalam potret Monalisa dah lama menjadi subjek perdebatan pengkaji. Pelbagai teori @ hujah dikemukakan mengenai siapakah wanita didalam potret Monalisa ini. Terdapat beberapa wanita yang dikatakan adalah Monalisa yang dilukiskan oleh Leornado Da Vinci.

  Yang dikatakan sebagai Monalisa;antaranya ialah Lisa Ghererdini, Isabelle Of Aragon(ratu dari kerajaan Aragon) Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. seorang penulis, Serge Bramly pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Monalisa adalah ibu kepada Da vinci yang dikenali sebagai Caterina.

   Setelah berabad lamanya,misteri siapakah Monalisa akhirnya terbongkar,hujah dengan kajian yang dilakukan oleh  seorang ahli sejarah seni Itali iaitu Carla Glori. Beliau telah membongkar siapa Monalisa, gadis dalam potret tersohor juga dari karya seorang pelukis tersohor Leornado Da Vinci.

   Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang potret Monalisa.tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan. Glori berkata"jambatan itu melintasi sungai Trebbia, Bobbio berhampiran Piacenza,utara Itali".

   Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu. Glori berkata"dua huruf yang ditemui dalam mata Monalisa sadalah 'S' dan 'G' iaitu singkatan untuk nama Bianca.

   "Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian".

p/s:dah tau dah sape orang yg jadi Monalisa,tunggu smpai entry baru masuk...bye!!

No comments:

Post a Comment